Bernilainya dirimu tak terbayar dek harga
Walhal segunung emas permata
Masih milikmu takhta teristimewa
Biar segantang intan yg ditawar
Usah mahkotamu kau ganti tukar
Ingatkah kau lagi wahai hawa?
Suatu ketika pada lampaunya masa
Maruahmu dihempas menyembah lantai dunia
Hadirmu dicerca dengan kata juga nista
Kebahagiaanmu direnggut insan
Yang jahil hidupnya tanpa suluhan iman
Sampailah suatu ketika pula
Darjatmu diangkat tinggi dari sebelumnya
Seorang rasul merubah neraca
Yang dulunya memberat di sebelah cuma
Hingga dirimu punya nilai dan harga
Tapi kini..
Apakah kau sedar apa yang terjadi?
Kau sendiri memenggal nilai dan harga diri
Kau sendiri merobek takhta kesucianmu
Menjaja diri kononnya mengaku popular
Memperagakan body kononnya kau lah si jelita
Melunakkan merdu suara kononnya mensyukuri satu kurnia
Menyerahkan mahkota pada si jejaka kau anggapkan setia
Sungguh murah kau letakkan harga
Sungguh rendah nilaimu di mata
Sedarlah hawa
Penciptaanmu satu keistimewaan
Apakah kau tegar andai akhirnya ia jadi satu kerosakan?
Lihatlah dirimu di cermin yang nyata
Bukan cerminan nafsu yang membisik noda
Hiaslah dirimu dengan peribadi yang indah
Bukan dengan solekan dan topeng dunia
Cantikmu biarlah dari cantiknya jiwa
Bukan datang dari mata yang memukau pesona
Kerana dirimu begitu berharga
Tak ingin kulihat kau jatuh
Kerana tersungkur di perdu dosa
Biar ku pimpin tanganmu ke jalanNya
Kerana aku juga sepertimu, Hawa
Perlukan tangan tika ku rebah
Perlukan quwwah tikaku lemah
Perlukan tazkirah tika ku khilaf dan salah
Semoga kita beroleh tempat
Sepertimana bidadari syurga yang menanti di sana..
Amin…
0 comments:
Post a Comment