life.....

Saat bertemu dengan orang yang
benar-benar engkau kasihi,
berusahalah memperoleh kesempatan untuk
bersamanya seumur hidupmu.
Kerana ketika
dia telah pergi, segalanya telah terlambat.

Saat bertemu teman yang dapat dipercaya,
rukunlah bersamanya.
Kerana seumur hidup manusia, teman
sejati tak mudah ditemui.

Saat bertemu penolongmu, ingat untuk bersyukur
padanya. Kerana dialah yang mengubah
hidupmu.

Saat bertemu orang yang pernah kau
cintai, ingatlah dengan tersenyum untuk
berterima-kasih. Kerana dialah orang
yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih.

Saat bertemu orang yang pernah kau
benci, sapalah dengan tersenyum.
Kerana ia membuatmu semakin teguh.

Saat bertemu orang yang pernah
mengkhianatimu, baik-baiklah
berbincang dengannya. Kerana jika
bukan kerana dia, hari ini engkau tak
memahami dunia ini.

Saat bertemu orang yang pernah diam-diam
kau cintai, berkatilah dia.
Kerana saat kau mencintainya, bukankah kau
berharap dia akn bahagia?

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa
meninggalkanmu, berterima-kasihlah bahawa ia pernah ada dalam hidupmu. Kerana dia adalah sebahagian drpd nostalgiamu.

Saat bertemu orang yang pernah
salah-faham padamu, gunakan saat
tersebut untuk menjelaskannya.
Kerana engkau mungkin hanya punya satu
kesempatan itu saja untuk menjelaskan segala-galanya..

Saat bertemu orang yang saat ini
setia menemanimu seumur hidup,
berterima-kasihlah sepenuhnya kerana dia
mencintaimu, kerana saat ini kau masih berkesempatan
mendapatkan kebahagiaan dan cinta sejati.