tulips' collection







Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

walimah k.yati

bismillahirrahmanirrahim..kali ni entry yang berkait dengan kahwin~walimah k.yati....
al-maklumlah musim cuti= musim kenduri kendara....

kali ni tulipss dan kawan-kawan semaktab berkonvoi ke jerteh,besut..... awal pagi dah berkonvoi.. emm seronok pergi kenduri...boleh juga kami tengok warna warni masa walimah... ambil ilham :)



barakallahulakuma buat k.yati dan suami..moga berkekalan hingga akhir hayat...




walimah k.piza & suami




tahniah..alfun mabruk buat k.piza dan suami..
moga bahagia hingga akhir hayat
( bertemu jodoh di sekolah )
rombongan kali ni tak ramai sangat... 'drive' ke kg. Hutan Mala, Chetok pasir mas ditemani sahabat baik saya wanie ( chemistry teacher ) .. dan berkonvoi bersama mirah & baiah.. ( cikgu-cekgi )



tutup buku lama~buka buku baru~



bismillahirrahmanirrahim....salam 1 aqidah..moga sentiasa dalam rahmatNya ..insyaAllah

lembaran baru 1 muharram 1432H..
tahniah buat sahabat yang bertunang.. dan yang menamatkan zaman bujang.......moga sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatan dan cik tulipss bila? soalan lazim yang saban kedengaran.
sambil tersenyum
insyaAllah andai tiba masa, saat , SIAPA ..Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,

Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,

Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,

Kerana,Dia pilihan ku..Amin....


saat itu akan tiba... yakin..janji Allah itu pasti...

kita sebagai hambaNya merancang, berusaha dan bertawakkal...
dan igatlah Allah sebaik-baik perancang.


coretan

buatmu Adam bakal imam dalam hidupku..pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah......


lembaran baru..kata orang tutup buku lama, buka buku baru
niat dan azam yang baru realisasikan apa yang diimpikan..

..2011...
tahun akhir dan akan menamatkan 2 semseter..
insyaAllah
moga dipermudahkan urusan

1. (yang pertama dan yang utama )- personal :)
2.persediaan mental - fizikal menghadapi praktikum fasa ke 3 selama 3 bulan di SK Kajang Utama
3.projek-kajian tindakan ( alhamdulillah, bayang tajuk dah ada )~ perbincangan seterusnya dengan ' supervisor '
4.mantapkan ilmu ~ lughatul jannah ~ insyaAllah.. apa yang penting bina keyakinan dalam diri. yakin diri sendiri dan kebolehan yang ada... jangan mudah menyerah kalah.. perlu bimbingan daripada yang berpengalaman. sudah tentulah dari para pensyarah.
5.bisness~ tetap mengutamakan prioriti tanpa mengabaikan yang sepatutnya..

ya Allah permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..
rabbi yassir wa la tua'ssir.. amin...

mari berdoa~

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Biasa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.





barakallahulakuma...

barakallahulakuma buat azian ( kawan sekolah rendah lg ).. abimian.... moga bahagia hingga ke akhir hayat.....


ABIMIANS yang hadir ( arifah,imani,nadhilah,afiniey,aiman,amirah,saya )


dituju khas buat my dear frendz...yan...

We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

imamku....


created by : abu hanifah

Aku sedang menanti dia,

Seorang lelaki yang akan bergelar suami,

Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,

Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,

Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,

Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.

Dia selalu menghiburkan aku

Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran

Dengan zikir-zikir munajat

Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,

Dia menasihati ku supaya mengingati mati,

Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,

Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Dia memang sentiasa kelihatan penat,

Matanya penat kerana membaca,

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,

Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.


Dia sentiasa mengingati mati,

Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,

Kita hambaNYA adalah pelakon,

Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,

Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,

Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,

Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula

Sejadah imannya yang terkoyak,

Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.

Dia sentiasa menjaga solatnya,

kerana itulah maruah dirinya,

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,

Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,

Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,

Kekasih sejatinya dan kekal abadiIaitu ALLAHURABBI.

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,

Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,

Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,

Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,

Andai dia hilangkan cintanya,

maka hilanglah cintaku pada dia,

Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,

Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.

Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,

Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,

Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,

Kerana,Dia pilihan ku..Amin....

tulip kuning

seindah warnanya ~ unik ~

tulip kuning

rabbi yassir wa la tua'ssir~


salam ukhwah fillah~ salam fi hazalyaum~


akal terus berfikir~hati mohon ketenangan~tatkala jemari masih mengetuk papan kekunci~ ligat ku berfikir....merenung hakikat kejadian...ya Allah..ku mohon segala urusan dipermudahkan.. rabbi yassir wala tua'ssir ya kareem...

dari hawa untuk hawa

Hawa

Bernilainya dirimu tak terbayar dek harga

Walhal segunung emas permata

Masih milikmu takhta teristimewa

Biar segantang intan yg ditawar

Usah mahkotamu kau ganti tukar

Ingatkah kau lagi wahai hawa?

Suatu ketika pada lampaunya masa

Maruahmu dihempas menyembah lantai dunia

Hadirmu dicerca dengan kata juga nista

Kebahagiaanmu direnggut insan

Yang jahil hidupnya tanpa suluhan iman

Sampailah suatu ketika pula

Darjatmu diangkat tinggi dari sebelumnya

Seorang rasul merubah neraca

Yang dulunya memberat di sebelah cuma

Hingga dirimu punya nilai dan harga

Tapi kini..

Apakah kau sedar apa yang terjadi?

Kau sendiri memenggal nilai dan harga diri

Kau sendiri merobek takhta kesucianmu

Menjaja diri kononnya mengaku popular

Memperagakan body kononnya kau lah si jelita

Melunakkan merdu suara kononnya mensyukuri satu kurnia

Menyerahkan mahkota pada si jejaka kau anggapkan setia

Sungguh murah kau letakkan harga

Sungguh rendah nilaimu di mata

Sedarlah hawa

Penciptaanmu satu keistimewaan

Apakah kau tegar andai akhirnya ia jadi satu kerosakan?

Lihatlah dirimu di cermin yang nyata

Bukan cerminan nafsu yang membisik noda

Hiaslah dirimu dengan peribadi yang indah

Bukan dengan solekan dan topeng dunia

Cantikmu biarlah dari cantiknya jiwa

Bukan datang dari mata yang memukau pesona

Kerana dirimu begitu berharga

Tak ingin kulihat kau jatuh

Kerana tersungkur di perdu dosa

Biar ku pimpin tanganmu ke jalanNya

Kerana aku juga sepertimu, Hawa

Perlukan tangan tika ku rebah

Perlukan quwwah tikaku lemah

Perlukan tazkirah tika ku khilaf dan salah

Semoga kita beroleh tempat

Sepertimana bidadari syurga yang menanti di sana..

Amin…

perancanganNya yang terbaik


"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

“Ingin ku miliki seluruh cintaNya dan sepenuh hati menghulurkan kasih padaNya. Tetapi ku bimbang pesona yang maya akan menjadi penghalang rindu kepadaNya.”

“Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu” -Dehearty-


“Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan, kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan.
Seikhlas hati ku semaikan benih kasih sayang moga kekal menyinar dalam keredhaan” –Dehearty-

Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu –Dehearty-

Namun ku tahu ada hikmahnya, setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan, yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui segala apa yang terbuku di hati –Dehearty-

acar timun

ulam / sayur semalam : acar timun :)

nikmat makan tu ada bila ada ulam / sayur yang boleh dimakan ....

~beli bahan kat pkns : timun batang + kubis + .....

balik je bilik terus buat~ terlebih seronok semalam ..... sebab 2 paper dah lepas.... tinggal satu paper lagi~ dan juga sebab ................ ( biarlah rahsia ) yang penting tak kacau orang :)

jom buat acar timun.... kalau ikutkan ni antara 'my favourite' sebab sayur ni senang je dan tak perlu nak goreng-goreng.... confirm tak ada kolestrol.....

sesiapa yang tak pernah buat / makan acar timun.. bolehlah cuba buat.... pejam mata pun boleh buat.... opss..jangan ..nanti luka tangan..... :)

just need to buy :
timun batang + kubis + sedikit cuka + cili + gula + garam + 'carrot' + bawang besar ....

potong kemudian gaul jer :)

ulam~kubis bunga

kubis bunga~ sangat sedap dimakan mentah..buat ulam... thumbs up to my rumate...
bila lunch / dinner mesti ada ulam ~ tak kisahlah.. timun batang ke bunga kubis ke.. kalau tak ada ulam terasa sangat kurang perisa... yang penting... makan perlulah seimbang.. cukup 1 pakej ~ karbohidrat + protein + vitamin + .... mesti ada.... diet yang sihat.. :) bukannya susah kan..

~try to follow~

jom berkenalan dengan kubis bunga...

Kubis bunga berasal dari kawasan Eropa, Mediteran dan Asia Tengah. Kubis bunga merupakan tanaman dataran tinggi atau pegunungan atau pegunungan cocok tumbuh di daerah sejuk selama masa pertumbuhannya dan dapat ditemukan pada ketinggian lebih dari 600 m dpl.
Bunganya padat, tebal dan tersusun dari rangkaian bunga-bunga kecil bertangkai pendek. Bunga membentuk bagian yang padat berwarna putih atau putih kekuningan,diameternya dapat mencapai 30 cm. Untuk menghindari kerusakan bunga dan menjaga supaya bunga kubis tetap putih, 2-3 minggu sebelum panen daun-daun muda bagian bawah diikat ke arah bunga sehingga berfungsi sebagai pelindung. Kubis bunga dipanen setelah 90-120 hari sejak ditanam.

Sifat dan Khasiat
Kubis bunga berkhasiat sebagai obat penenang dan antikanker

Kubis bunga mengandung air, protein, lemak, karbihidrat, serat, kalsium, fosfor, besi, natrium, kalium, vitamin (A, C, serta sejumlah kecil tiamin, riboflavin dan niacin). Selain itu juga mengandung senyawa sianohidroksibutena (CHB), sulfran dan iberin yang merangsang pembentukan glutation. kandungan zat yang berkhasiat, yaitu sulforafan dapat mencegah penyakit kanser.


Kubis bunga digunakan untuk mengatasi:
  • Sakit kepala
  • Gelisah (ansietas), stres
  • Gangguan sirkulasi, dan
  • Kanser

Sediakan 25-30g kubis bunga segar. kubis bunga ini dapat dikukus, ditumis atau dimasak sebagai sayuran ( buat sayur air ).

Kubis bunga dapat dimakan begitu aje...


~sweet sour~


bismillahirrahmanirrahim...

~dari kamar sepi~macam tak berpenghuni.almaklumlah..ada yang dah habis 'exam' ada yang dalam 'gap' tunggu last paper...15 hb ni...tak sabar nak balik rumah..balik beraya ngan family dan mungkihkah ada surprise?................. ehm wait and see what gonna be happen.... :)

sebenarnya baru jer tylips menghabiskan n0vel SWEET SOUR......sweet sngt :) tapi sour pun ada sikit :( ..... biasalah lumrah kehidupan ....kekadang kita 'happy' kekadang rasa sedih ...... sebab kita ada perasaan sebab itulah kita merasa..... SWEET SOUR ~ tulips bukannya kaki novel tapi seronok bila baca perjalanan hidup dan bolehlah ambik pengalaman dan ada gak yang perlu jadikan sempadan.. ~ onak duri ranjau kehidupan yang pelbagai .............. apa pun kita jangn terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi sangat kat seseorang~mungkin cukuplah bila kita menjadi orang yang dipercayai... if i ask why..? ...mungkin orang yang kita percaya akan buat 'something' yang menghilangkan kepercayaan kita kat dia.........masa tu mungkin kita akan rasa 'down' yang amat sangt..............tapi kita kena ingat padaNya tempat kita mengadu...

~trust urself before u trust someone else~

macam ada pengalamn je~ truly.....................deeply from my heart...

mestilah ada kan.... seseorang yang kita percaya dah menghilangkan kepercayaan.... ( close story) sebab tu kisah-kisah silam yang mesti jadikan sempadan....

jangan dibazirkan juraian manik jernih ~ itulah ujian .... kita mesti tabah walau apa jua keadaan.. tutup buku lama ~ buka kitab baru.......

from now~ keep smiling alwayz............. :)

and remember everything happen for a good reson............yes... good reason :) .....

nawaitu....


Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘salihah’ supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

mood vs mode .....


mode : exam...................

mood : ???.......

kemanakah mood menghilang ? ..... mungkin sebab 3 paper je untuk sem ni ~ terasa sedikit ketenangan tapi struggle tetap struggle.... insyaAllah...berusaha dengan semangat yang masih ada...semalam~ tengah menghafal....terpandang plastik yang berisi biskut marrie + susu + buttercup~....apa lagi.... stop kejap menghafal ~ 'mood cooking ' menjengah...... buat kek batik kejap sebab teringin sangat nak makan makanan yang bercoklat :) jom makan..............

~perap ayam/daging~

salam mawaddah wa rahmat buat pelawat seindah mawar berduri...... bagi yang nak be'rehlah' sesama ahli kelas ke persatuan ke batch ke.......boleh cuba sendiri~ just simple and save budget..
thanks to 'tuan resepi' :)


bahan-bahan :

4 ekor ayam / 5 kg daging

bahan utk perap :

bawang merah + 2 labu bawang putih + 6 batang serai + serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + serbuk kunyit + garam + gula melaka + cili giling

cara-cara :

1 gaul serbuk kunyit hingga kekuningan
2'blend' bawang putih + bawang besar ~ kemudian tapis blend serai ( guna air tapisan bawang ) ~ kemudian tapis
3 gaul ayam dengan bawang dan serai yang dah ditapis
4 masukkan serbuk jintan manis putih + garam + gula melaka + cili giling

gaul hingga rata dan sebati..................siap....

*jangan guna air tapisan
*ayam lebih lembut bila kita perap tempoh masa yag lama ( semalaman )


“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui,carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.Jika engkau tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!!.”
-Imam Ghazali-

Kurma/ Kismis / Madu ?

fatrah imtihan~moga kita semua dipermudahkan ~ Allahumma yusahhil umurona...buat sahabat-sahabat tulipss....abimians....naimians...x-kmns...& warga ipg kpi..selamat menduduki imtihan... moga kita sukses di dunia dan jua di akhirat..insyaAllah

pagi yang cukup mendamaikan hati.....tatkala semua sibuk 'study'.... marilah kita sama-sama meneliti amalan pemakanan sunnah....

teringat pepatah arab...akal yang sihat datang daripada badan yang sihat...

menjaga jasmani agar sihat sentiasa~mestilah kita menjaga pemakanan.... kita adalah apa yang kita makan...berpada-padalah saat menjamu selera~jangan turutkan nafsu makan~

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin jika diamalkan memakan buah kurma semasa mengandung akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Buah kurma tidak mengandungi gula yg merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.


1)KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa
racun, sihir dan tidak diganggu setan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2)KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak
akan tertimpa penyakit kecuali kematian".



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".


3)MADU


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".


Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

petikan artikel:
www.murabbi.net

jika terakhir buatku........

Oh Tuhan

Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Tajuk Nasyid : Jika Terakhir Buatku
Artis : Saujana
Album : Nota Cinta

~harga sebuah senyuman~


salam....

bismillah.....bait-bait kalimahMu sentiasa tersemat di sanubari....

astafhfirullahal a'zim3x...ya Allah...

di pagi yg hening ..tatkala suasana sepi bagai tiada berpenghuni....ya Allah..terasa berat keluhan ini..saat hati memujuk diri..kuat!...kuat!.......bibir perit mengukir senyuman..palsukah semata-mata.. betapa sukar ya Allah..menguntum sebuah senyuman yang mendamaikan hati insan-insan sekeliling...ku kuatkan jua..gagahi utuk seketika....ya allah hambaMu merintih....berilah daku kekuatan ... ya Rahman...ya Rahim... kadangkala jiwa ini hampir tumpas....

sambil menghayati bait-bait kata~hati terpukuk seketika~

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu

Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalir berzikir di kidung doaku

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan-Mu

Tajuk Nasyid : Muhasabah Cinta
Artis : EdCoustic
Album : Sepotong Episode


~cupcakes~

~cupcakes~

'thanks ' ..kpli 1.04....
aktiviti yang menyeronokkan....... :) sebab masa tu terasa tak tahu nak buat apa.... tulipss & kawan-kawan ke tapak pameran anjuran kpli.... pameran tentang kanak-kanak berkeperluan khas...

banyak info yang kami dapat dan aktiviti sebegini sepatutnya kerap diadakan agar warga IPG lebih peka dan tahu tentang kanak-kanak berkeperluan khas....



aktiviti paling menarik..................JOM HIAS CUPCAKES & DONUT.....




~assembly~251010







~tahniah buat semua penerima Anugerah Hari Q

bittaufiq wannajah fil imtihan.. insyaAllah...