jalan-jalan..

pada hari jumaat yang lepas,27ogos 2010 tulipss dan sahabat2 ke masjid jamek....
emm penuh sesak dengan manusia...tak terkata
dalam kesesakan tu sempat lagi tulipss melihat-lihat.... bunga-bungaan yang cantik sangat...
sempat snap beberapa keping.....tulipss pun ada :)
harga......? agak mahal..... bila agaknya dapat beli tulipss.....menghiasi segenap ruang...




kami semua berjalan-jalan ke segenap ruang..suasana hari raya kat sana....
macam-macam barang ada...


kuih raya~pakaian yang menimbun dengan harga yag berpatutan~
tudung dll....
ragam manusia apatah lagi.....
tak sanggup tulipss nak tulis....
itulah perkara yang berlaku di luar sana..
MASALAH SOSIAL




hampir seminggu kita semua berpuasa.....

alhamdulillah..diberi kesempatan untun menyambut ramadhan...

selamat berpuasa buat semua...
moga mendapat berkat daripadaNya..
amin....

dia suami mithali....



Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

p/s:copy drpd sahabat

alhamdulillah.....


syukur pada Mu ya Allah...
atas nikmat sihat...

hampir sebulan.....
sakit yang ku rasa...menjadi penawar dosaku......


6 ramadhan~





bismillahirrahmanirrahim...

di pagi yang hening..mendamaikan.... :)

hari ini minggu ke-8 saya dan sahabat sem 6 berpraktikum di sekolah masing-masing....
minggu terakhir...terasa sayu nak meninggalkan SK Kajang Utama... guru-guru dan anak murid yang disayangi.....apa pun keadaan, tanggungjawab yang lain perlu diteruskan.....


...doa.....


14 ogos1987 :4 ramadhan1431H..Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam meniti usia ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.
Dengan rahmatMu ya Allah
..kau pertemukan kami..maka satukanlah hati kami..titipkanlah rindu antara kami..mekarlah cinta antara kami..lantas peliharalah kami Ya Allah dari bisikan iblis yang datang menggoda..agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama...


ya Rahim...
permudahkanlah jalan jodoh kami
serta permurahkan rezeki kami
jadikanlah kami antara pasangan yang yang bersyukur
dengan rahmatMu ya Allah
lagi sinarilah hati kami dengan nur iman yang bergemerlapan
agar kami tidak hanyut dalam godaan dunia
yang hanya pinjaman semata-mata
Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

4 Ramadhan1431H~14ogos2010



4 Ramdhan 1431 H :alhamdulillah...genap 20+3.....:) masih dipanjang umur utk menikmati Ramadhan mubarak...semoga dirahmati Allah selalu...syukran buat...., sahabat2 semua..akak2..adik2 atas ucapan dan doa...moga dalam limpah kurniaNya....insyaAllah..

syukran...tq..jazakillahukhairan kathira atas doa yang tidak putus dari kalian...

doa kalian agar dipanjang umur~dimurahkan rezaki~dan dipermudahkan segala-galanya~

Buat ma dan abah....,tiada yg lebih indah dari mengetahui diriku adalah milik kalian..darah yg mengalir dalam tubuh along adalah dari kalian..tiada ucapan penghargaan mahupun hadiah yg setanding utk diberikan namun doa untuk ma dan abah..along kirimkan..setiap pesanan yg diberikan akan sentisa menjadi bekal menjalani hidup ini..moga keluarga yg dibina menjadi hadiah yg paling berharga buat kita semua..amin..insyaAllah
saat ini....ku merenung sejenak.....

"Bertambah usia, bererti berkurang jangka hidup di dunia."

melewati tarikh lahir dengn mengingati kematian yg semakin hampir..sangat-sangat hampir…

Ulang tahun kelahiran. sinonimnya,BerTambah tahun….

Apapun namanya, apapun makna asalnya,…

letaknya tetaplah sangat dekat dengan awal kelahiran dan akhir kematian…maksudnya kita kembali kepada pencipta..(awal kelahiran dr pencipta,akhirnya kembali kpdNYA)


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa."
(sumber:i luv islam)


ramadhan penuuh makna...
alhamdulillah....terasa tenang di pagi hari.....(sambil melayan nasyid ahlan bina)
kawan-kawan yang lain dah berangkat ke sekolah...
dan sekarang minggu ketujuh.....
disebabkan saya berpraktikum sesi petang, terasa banyak masa terluang...
alhamdulillah....
~cuba menggunakan waktu yang ada sebaiknya~
alhamdulillah..syukur padaNya yang tak terhingga....
terasa damai di hati....
walaupun ada sedikit yang menggusarkan.....
moga Allah permudahkan....
insyaAllah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

coret-coret semalam....
di sekolah....

pemantauan~
alhamdulillah...berjalan dengan lancar walaupun agak terkejut~
portfolio dan RPH dikemaskini....

musim ujian setara~ tulipss dan rakan praktikum mengambil peluang menyiapkan projek mural...alhamdulillah 70% dah siap.... :) terima kasih buat ain~aenszan~safiah... ( u all da bez )
thanks for da cooperation~

balik sekolah~awal 1 jam~ kebiasaaanya pukul 7 lebih baru sampai maktab~
di bulan ramadhan ~ awal sejam ~ dapatlah kami menyiapkan juadah berbuka puasa~
sebelum balik singgah di 'mini bazar' berhampiran sekolah....
~beli lauk~kuih~cukup.......
-jom berjimat cermat.... :)

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA....
PISMP 5.04.....
selamat berbuka puasa buat...sa..na..feti..ani...dayah..gee..dilah..wani...baie..hafa..
salam ramdhan al-mubarak :)





hidup kita cuma sekali...
hiasilah hidup kita dengan penuh keceriaan..
dan kasih sayang....
tapi jangan lupa..selimutilah dengan keimanan
maka hidup kita akan bahagia..
dunia dan akhirat...
insyaAllah....

harapan ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


1 ramadhan~ salam ramadhan~


salam ramadhan al-mubarak buat semua umat islam......
salam ramadhan buat usrati.....warga sri abim alhikmah, smka naim lilbanat, kolej matrikulasi kuala pilah, ipg kpi..............

sebaik tiba Ramadhan, Rasul s.a.w bersabda:

'4 jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadhan:

- beristighfar
-memperbanyakkan ucapan syahadah
-berdoa meminta syurga
-memohon keredhaan Allah
(Riwayat Al-Baihaqi)