KULTUM~





assalamualaikum..salam sejahtera..salam satu aqidah....

alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan nikmatNya dapat lagi kita berkongsi idea... berkongsi maklumat bersama....

post kali ini kultum....tentu para pembaca tertanya-tanya apa itu kultum....

tulipss baru selesai membaca sebuah buku bertajuk nota hati seorang lelaki... dan sedikit perkongsian buat semua. dalam buku tersebut iaitu dalam Nota 33 : Tajuk Kuliah Tujuh Minit.. singkatannya KULTUM...

sedikit pengisian untuk entry kali ini :

berkaitan dengan ikan...kalau kita perhatikan , ikan di dalam laut tidak masin walaupun air di sekelilingnya masin..kenapa yer..? cuba renung sejenak.
tapi kalau ikan yang sama dinaikkan ke darat, disiang dan dibersihkan, secubit garam pun dah memasikannya.

kalau ditanya..apa beza ikan di laut dan ikan di darat?
tentulah jawapannya:ikan di laut hidup, ikan di darat mati..










begituah kita kalau hati kita hidup, kita tidak mudah terpengaruh, tapi bla hati kita mati, kita mudah dipengaruhi.

itulah analoginya...