duhai hati..


"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

:: yang dicari ::



Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

jurnal praktikum~


bismillahirrahmanirrahim.....alhamdulillah..saya mengambil sedikit waktu dan saat mengetuk papan kekunci mengisi ruangan kali ini setelah lama sepi tanpa kata....

mengajar murid tahun 4 & 5 sesi pagi
subjek bahasa arab - pendidikan alquran - tasmi' al-quran tahun 1

praktikum di sk kajang utama dan insyaAllah akan tamat pada 29 april 2011.. minggu kedua..sarat dengan aktiviti di sekolah... bermula dengan mesyuarat -mesyuarat untuk melancarkan program

aktiviti :
mengimla'kan tulisan rumi murid tahun 4... ( mingu panitia pendidikan islam )
: fasillitator ( kem bestari solat )
: AJK dokumentasi
latihan selawat murid tahun 5 & 6 ( MTQ )
: ajk masakan ~ rewang ( sambutan maulidur rasul )
: jurulatih ' idola kecil' ( hari kantin / usahawan sekolah ) ~ pelbagai aktiviti akan diadakan dengan menjemput ustaz shukri ( tv 9 ) - kump. nasyid - naik helikopter RM 50 - gerai-gerai jualan - RUMAH HANTU
: kokurikulum ~ guru pandu puteri tunas


:: doaku ::


Ya ALLAH, Aku tdk meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tdk sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu Seorang mujahid yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya Seorang mujahid yang memerlukan doaku untuk kehidupannya Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..