seadanya......

kehidupan kita seringkali di atas...seringkali di bawah..apa yang kita nak x selalunya kita dapat...dan apa yang kita dapat x semestinya kita suka...apa pun hakikatnya Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk hambaNya...terimalah seadanya....renung-renungkanlah...muhasabah diri..andai x pernah mengalir maik-manik jernih...air mata keinsafan.....renumgilah.....

::::perm@t@ yg dic@ri:::::

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

husnu zzon...

in our life....

ap prkara yg plng ssh kt nk buat???

emm husnuzzonn ( brsngka baik )... kkadang trdetik jga dlm ht....itu dan ini....

lmrh....ak insan yg lemah.....x smpurna...tp cba blajr.. mncr kkuatan....

mmng ssh utk husnu zzon..tp cbalh blajr utk tdk su'zzon...

drpd brsangka buruk lbih baik b'wspada...brhati2 dlm apa jua prkara....dlm apa jua..

manik2 jernih......




ku pujuk hati menerima ketentuanMu ya Allah...

ku pujuk hati dengan rela mnerima qada' dan qadarMu ya Allah...

ku cuba tabahkan hati...

menahan manik-manik jernih mengalir....

brgenang jua akhirnya...

menitis satu persatu....

hambaMu tewas...rebah jua akhirnya....

ak cuba bngkit kmbali dlm mniti hari-hari.....

ak gagahkn dri mnghadap ktntuanMu Ya Tuhan....

Ya Allah..ujianMu mengajar ku erti ketabahan...kehilangan...

aku tahu dia bukan milikku....tapi milikMu.....

permudahkan segala urusanku......

aku terima ujianMu....

ujian yang mengajar erti ketabahan.....erti kehilangan.....

yg dicari....yg diimpi...


yg d cari,
walau bkn putera raja,biarlah putera agama.
yg diimpi,
biarlah x punya rupa,asl sdp dpndg mata.
yg d nilai,
bkn smprna sifat jasmani,
asal sht rohani,smprna hati.
yg d harap,
bkn jihad pd smgt
asl prjuangn ada mtlamt.
yg dnnt,
bkn lamaran dgn permata,
ckplah akad & janji setia...

::saat bertemu::

Saat bertemu dengan orang yang
benar-benar engkau kasihi,
berusahalah memperoleh kesempatan untuk
bersamanya seumur hidupmu.
Kerana ketika
dia telah pergi, segalanya telah terlambat.

Saat bertemu teman yang dapat dipercaya,
rukunlah bersamanya.
Kerana seumur hidup manusia, teman
sejati tak mudah ditemui.

Saat bertemu penolongmu, ingat untuk bersyukur
padanya. Kerana dialah yang mengubah
hidupmu.

Saat bertemu orang yang pernah kau
cintai, ingatlah dengan tersenyum untuk
berterima-kasih. Kerana dialah orang
yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih.

Saat bertemu orang yang pernah kau
benci, sapalah dengan tersenyum.
Kerana ia membuatmu semakin teguh.

Saat bertemu orang yang pernah
mengkhianatimu, baik-baiklah
berbincang dengannya. Kerana jika
bukan kerana dia, hari ini engkau tak
memahami dunia ini.

Saat bertemu orang yang pernah diam-diam
kau cintai, berkatilah dia.
Kerana saat kau mencintainya, bukankah kau
berharap dia akn bahagia?

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa
meninggalkanmu, berterima-kasihlah bahawa ia pernah ada dalam hidupmu. Kerana dia adalah sebahagian drpd nostalgiamu.

Saat bertemu orang yang pernah
salah-faham padamu, gunakan saat
tersebut untuk menjelaskannya.
Kerana engkau mungkin hanya punya satu
kesempatan itu saja untuk menjelaskan segala-galanya..

Saat bertemu orang yang saat ini
setia menemanimu seumur hidup,
berterima-kasihlah sepenuhnya kerana dia
mencintaimu, kerana saat ini kau masih berkesempatan
mendapatkan kebahagiaan dan cinta sejati.

m@w@r berduri


MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.

MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.

MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.

MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.


MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.

.....ayat2 cinta.......


sabda Rasulullah S.a.w ....


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1.bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.alhamdulillah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3. astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4.insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5.lahaulawalaquwatail lahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak

berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6.innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7.laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan

orang yang terpilih oleh Allah.

do@ku.......


Bismillahirrahmanirrahim........

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU, Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, Jika aku jatuh hati, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU Ya Rabbul 'Izzati, Jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah, Jika aku menikmati cinta kekasihMU, Jangan kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMU

Ya Allah, Jika aku jatuh hati pada kekasihMU, Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU

Ya Allah, Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU, Jangan membiarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..........

layakkah aku....?


Ya Allah...

Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w??

sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah...


Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja

perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka...

duhai muslim@h....

Duhai muslimah…..
Dirimu adalah Muslimah sejati…
Dirimulah wanita yang beriman dan bertaqwa….
Dirimulah yang menyuntik semangat kaum Adam….
Kerana dirimulah bukan peluntur yang memadam…
Dirimulah yang mempunyai emosi…
Kerani emosi dirimu diangkat dan dijulang tinggi…
Duhai muslimah….
Seantero dunia mengenali dirimu muslimah…
Hanya konco-konco dan musuhmu yang nyata menghalang kegemilangan dirimu….
Tetapi..ingatlah…dirimulah muslimah sejati…
Yang tahu akan tanggungjawab diri….
Yang sabar dalam meneruskan kehidupan ini…
Duhai muslimah…
Berbahagialah engkau di sana…
Menuruti segala tuntutan agama….
Engkaulah pembentuk…
Engkaulah pendiduk…
Engkaulah pencorak…
Generasi baru…..berjuanglah wahai muslimah…..