tulips' collection







Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

walimah k.yati

bismillahirrahmanirrahim..kali ni entry yang berkait dengan kahwin~walimah k.yati....
al-maklumlah musim cuti= musim kenduri kendara....

kali ni tulipss dan kawan-kawan semaktab berkonvoi ke jerteh,besut..... awal pagi dah berkonvoi.. emm seronok pergi kenduri...boleh juga kami tengok warna warni masa walimah... ambil ilham :)



barakallahulakuma buat k.yati dan suami..moga berkekalan hingga akhir hayat...




walimah k.piza & suami




tahniah..alfun mabruk buat k.piza dan suami..
moga bahagia hingga akhir hayat
( bertemu jodoh di sekolah )
rombongan kali ni tak ramai sangat... 'drive' ke kg. Hutan Mala, Chetok pasir mas ditemani sahabat baik saya wanie ( chemistry teacher ) .. dan berkonvoi bersama mirah & baiah.. ( cikgu-cekgi )



tutup buku lama~buka buku baru~



bismillahirrahmanirrahim....salam 1 aqidah..moga sentiasa dalam rahmatNya ..insyaAllah

lembaran baru 1 muharram 1432H..
tahniah buat sahabat yang bertunang.. dan yang menamatkan zaman bujang.......moga sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatan dan cik tulipss bila? soalan lazim yang saban kedengaran.
sambil tersenyum
insyaAllah andai tiba masa, saat , SIAPA ..Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,

Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,

Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,

Kerana,Dia pilihan ku..Amin....


saat itu akan tiba... yakin..janji Allah itu pasti...

kita sebagai hambaNya merancang, berusaha dan bertawakkal...
dan igatlah Allah sebaik-baik perancang.


coretan

buatmu Adam bakal imam dalam hidupku..pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah......


lembaran baru..kata orang tutup buku lama, buka buku baru
niat dan azam yang baru realisasikan apa yang diimpikan..

..2011...
tahun akhir dan akan menamatkan 2 semseter..
insyaAllah
moga dipermudahkan urusan

1. (yang pertama dan yang utama )- personal :)
2.persediaan mental - fizikal menghadapi praktikum fasa ke 3 selama 3 bulan di SK Kajang Utama
3.projek-kajian tindakan ( alhamdulillah, bayang tajuk dah ada )~ perbincangan seterusnya dengan ' supervisor '
4.mantapkan ilmu ~ lughatul jannah ~ insyaAllah.. apa yang penting bina keyakinan dalam diri. yakin diri sendiri dan kebolehan yang ada... jangan mudah menyerah kalah.. perlu bimbingan daripada yang berpengalaman. sudah tentulah dari para pensyarah.
5.bisness~ tetap mengutamakan prioriti tanpa mengabaikan yang sepatutnya..

ya Allah permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..
rabbi yassir wa la tua'ssir.. amin...

mari berdoa~

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Biasa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.





barakallahulakuma...

barakallahulakuma buat azian ( kawan sekolah rendah lg ).. abimian.... moga bahagia hingga ke akhir hayat.....


ABIMIANS yang hadir ( arifah,imani,nadhilah,afiniey,aiman,amirah,saya )


dituju khas buat my dear frendz...yan...

We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

imamku....


created by : abu hanifah

Aku sedang menanti dia,

Seorang lelaki yang akan bergelar suami,

Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,

Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,

Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,

Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.

Dia selalu menghiburkan aku

Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran

Dengan zikir-zikir munajat

Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,

Dia menasihati ku supaya mengingati mati,

Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,

Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Dia memang sentiasa kelihatan penat,

Matanya penat kerana membaca,

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,

Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.


Dia sentiasa mengingati mati,

Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,

Kita hambaNYA adalah pelakon,

Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,

Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,

Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,

Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula

Sejadah imannya yang terkoyak,

Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.

Dia sentiasa menjaga solatnya,

kerana itulah maruah dirinya,

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,

Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,

Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,

Kekasih sejatinya dan kekal abadiIaitu ALLAHURABBI.

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,

Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,

Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,

Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,

Andai dia hilangkan cintanya,

maka hilanglah cintaku pada dia,

Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,

Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.

Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,

Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,

Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,

Kerana,Dia pilihan ku..Amin....