buat insan yang diuji~


YA ALLAH, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, namun durinya sering menusuk. Nikmat yang Engkau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi Tuhan, hambaMu ini sering alpa dan lena dibuai dek mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu perit, kadangkala ia menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku agar tidak tersasar dari jalanMu, agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini, Ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan suatu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang tertpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya,; " Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? " Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.

Wahai insan yang diuji, jangan sesekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmatNya, maka bersabarlah dan tabahlah menjalani ujianNya.

Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

" Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan yang terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan engkau semakin dekat denganNya.

Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya?
Bersyukurlah. bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2718
~i luv islam~

ALLAHU AKBAR...


Cuba lihat titik-titik hitam di tengah-tengah pada kalimah Allah selama 10 saat dan alihkan pandangan anda pada dinding kosong.. insyaAllah...lihatlah keajaibannya...