~sekadar coretan ~


assalamualaikum.... salam pembuka bicara...dengan nama Allah yang Maha Pengasuh lagi Maha Penayang.. Ya Tuhanku, aku akui kekuasaanMu, nikmat lagi rahmat buat diriku tak terbalas olehku ya Allah......

terasa lama tak berbicara... sibuk? berkejaran dengan waktu? moga waktu-waktu itu diisi dengan perkara yang bermanfaat, jauh dari perkara yang mengalpakan diri....insyaAllah...
saat mengisi ruangan blog ini...ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi... moga diberi ketenangan ini yang abadi...damai sentiasa... alhamdulillah....syukur padaMu ya Allah... hari-hari yang berlalu tidaklah sesibuk tahun lalu...alhamdulillah..gembira hati bukan kerana jawatan dilepaskan..akan tetapi kerana telah menjalankan satu tanggungjawab yang sangat besar walaupun kecil dengan nilaian mata....nilailah dengan mata hati yang suci. InsyaAllah moga ianya diberkati Ilahi....

2010 bermula dengan azam baru..tekad yang baru...,moga diri ini istiqamah dan thabit...thabbit qalbi ya Allah..........moga terus istiqamah.. buat sahabat teruslah menyokong...teruslah memberi kata semangat agar diri ini tidak hanyut dengan mainan duniawi yang hanya tipuan semata-mata...
papan kekunci terasa laju......banayak ingin dicoretkan.... perjalanan hidup ...... penuh suka duka...gelak tawa bersama teman.....ya Allah...betapa indahnya ukhwah ini... moga terus berkekalan abadi...insyaAllah... ya Allah sinarilah hati kami dengan cahaya iman yang bergemerlapan agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia.... pagi yang tenang dan mendamaikan....alhamdulillah...aku diberi ketenangan ini.....suasana maktab yang sepi....kemana menghilangnya penghuni?? biasalah bila elaun dah keluar... banyak aktiviti yang dirancang...banayak 'plan' yang dibuat... apa pun moga kita sama-sama menggunakan elaun yang diberi dengan penuh hemat....simpan untuk masa depan.. :)

hari ini 31 januari 2010... penghujung bulan.. ya Allah..perjalanan waktu yang berlalu dengan pantas tanpa ku sedari....dan sepanjang sebulan yang berlalu ini..apa yang telah aku lakukan ( muhasabah diri ) .....

mungkin sehingga di sini coretan di awal pagi yang sepi....moga sentiasa ditemani kalam suci...insyaAllah...


2010 : semester bermula

assalamualaikum..bersua kembali....bermulanya semester baru di tahun 2010. segala-galanya terasa baru walaupun sedikit janggal.Dengan azam yang baru, aku berharap ia bukannya azam semata-mata.Selamat tinggal 2009,selamat datang 1010/1431H..
Minggu pertama di institut telah menunjukkan tanda ke'bizian....agenda yg telah dirancang untuk tahun 2010.Alhamdulillah tanggungjawab menerbitkan majalah an-nur keluaran ke-20 berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada semua warga kerja redaksi an-nur atas kerjasama dan kerja bersama-sama.Komitmen dan jasa kalian sangat dihargai...syukran jazilan...2 minggu lagi iaitu pada 18/1/10 akan diadakan pelancaran majalah.Dan sekarang tinggal seminggu untuk pengurusan.Alhamdulillah kerja-kerja sedang berjalan...moga berjalan lancar.InsyaAllah.