posting oh posting

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat lagi mencoret serba sedikit kisah dan pengalaman..kiranya entry kali ni berkenaan 'posting'.

pertama-tamanya terima kasih tak terhingga buat ma, abah, adik beradik dan sanak saudara yang mendoakan saya dan banyak memberi semangat dan sokongan sebelum memulakan khidamat sebagai muaddib...

-alhamdulillah bermula tugas saya sebagai murabbi setelah tamat 5tahun setengah di IPG kampus pendidikan islam bangi..tahun 2011 berakhir , maka tiada lagi gelaran guru pelatih .. alhamdulillah saya ditempatkan di semenanjung , di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat , Gersik,Ledang, johor darul takzim....jauh dari keluarga, kawan-kawan .. namun itulah cabaran sebagai seorang pendidik.

moga saya lebih bersemangat dan terus bersemangat serta mengharungi apa jua cabaran di sekolah.. insyaAllah..

16 januari 2011 : taklimat di PPD Muar & lapor diri di SK Bukit Rahmat.

serba sedikit mengenai sekolah :
sekolah : pedalaman luar bandar
gred : B
murid : 217 orng
guru : 19 orang
waktu persekolahan : 7.15 pagi-1.10pm


0 comments: